Friday, 5 June 2020

Part 2 PKP : Kucing Manja

ASSALAMUALAIKUM SEMUA




Hari ini saya nak sambung dari part 1 kitorang kan berada di kampung.

Selepas itu saya terjumpa kucing manja dekat rumah opah saya.

Ada banyak kucing tapi semua kucing lari dari saya😢

Kucing manja tu je yang suka pada saya.

Lepastu kucing manja itu hilang tak tau dia pergi mana.

Bila malam kita tak boleh nampak dia.

Bila pagi saya mesti keluar mencari kucing manja itu.

Itu saja cerita saya di kampung.

Monday, 27 April 2020

PKP Part 1

HEY GUYS

Hai  mesti korang tunggu  lama :)  

kitorang ada di  kampung. 

Image may contain: one or more people, people sitting, car and outdoor


mula-mula masa seminggu cuti ayah saya cadang nak balik kampung 

lepas tu saya singgah di Ipoh, rumah Pak Long saya untuk solat. 

lepas tu  balik ke kampung abang saudara ada kat kampung dah :) 

keesokan harinya keluarga pak long dah sampai. 

lepas itu main sampai malam. 

esok pula dah tersekat dekat kampung dengan pak long dari 26 mac-12 may

PKP tu Perintah Kawalan Pergerakan di kawasan seluruh dunia

Tidak boleh keluar kerana takut kena covid-19

kalau nak keluar kena suruh ketua keluarga sahaja untuk beli barang 

adakah saya pergi sekolah? 

saya masuk sekolah online tapi tak best belajar online :( 

lamanya nak balik.....

sekarang dah masuk puasa 

letihnya 

okey itu saja 



TO BE CONTINUED


Monday, 19 August 2019

Ride on the ETS to Kuala Lumpur

Hey guys!

  1. Minggu lepas saya pergi naik ETS mula-mula saya dekat rumah sedara saya di ipoh klebang.
  2. Esok pagi pula dah nak pergi ETS abang sedara pun ikut juga hantar ke ETS tapi bila sampai situ kitorang beli jajan di station ETS.
  3. Lepas tu kerata api sampai kitorang naik kitorang punya sit 10D 10C 11D 11C 11D DEKAT dengan tingkap lepastu kitorang makan jajan masa tren bergerak.
  4. Lepas tu Adam dengan kakak makan roller coester lepas tu deena pula datang ke seat kitorang 
    sebab nak makan jajan dengan kitorang.
  5. Lepas tu adam nak pergi kenc*ng.
  6. Lepas tu pergi cafe pulak beli nasi tomato.
  7. Makan lah dekat meja tray. Sedap lah. Rasa macam nak lagi.
  8. Lepas tu dah sampai station seterusnya. Belum sampai KL Sentral lagi.
  9. Dah nak sampai KL Sentral final station.
  10. Dah sampai lah KL Sentral. Lepas tu kitaorang jalan ke Nu Sentral nak pergi makan.
  11. Dah sampai tempat makan. Tempat makan tu nama...tak ingat...Tony Romance.
  12. Lepas tu dah kenyang semua pergi lah MPH. Beli buku komik.
  13. Tiba- tiba gelas pecah dari atas. Mama ingat orang terjatuh. Sebenarnya ceiling pecah, terkena escalator. Nasib baik takde orang
  14. Kalau tak, ramai dah orang dah kena masa tu.
  15. Kalau terkena orang...MALANG...LAH JAWABNYA...
  16. Lepas tu dah sampai rumah, naik kereta aunty kitaorang

Tengok lah video ini. Enjoy lah!







Saturday, 4 May 2019

Adam Goes To Penang Final Part

Ok hari ni hari yang last kitaorang duduk kat Penang.

Lepastu kitaorang pergi makan jumpa kawan mama kat mamak.

Lepastu kitaorang pun duduk kat situ. Kitaorang pun tunggu... tunggu....

Sampai mama habis, lepastu kitaorang pun pergilah tengok mama punya universiti iaitu USM.

Bila dah sampai USM ayah dan mama pun nak pergi tandas, kitaorang pun ikut mama pergi tandas, mama tanya orang dekat situ "mana tandas?" mama cakap,

Orang tu cakap "jalan terus belok kanan".

Mama pun pergi tandas.

Lepas tu kakak pulak nak pergi tandas, lepastu adam terpaksa duduk dengan adik kat luar tandas.

Lepas tu kitaorang balik kampung,kampung jauh...

Dari Penang ke kampung memang jauh, lepas tu bila dah sampai kampung, Abang ngah dan kakakanis takde, Adam pun tengok tv..

keesokan harinya, kakak anis dengan abang ngah pun datang kitaorang pun main lepastu bila dah bosan main kitaorang pun main roblox.

Keesokan harinya, Hakimi pun datang, diaorang sebab ada kenduri. Lepas habis kenduri kitaorang pun balik.

TERIMA KASIH NAMA SAYA MUHAMMAD.ADAM ASSALAMUALAIKUM



Monday, 4 February 2019

Adam Goes To Penang - Part 3

Pagi- pagi tu macam part 2.

Tengok tv.

Pastu panggil Grab pergi break fast.

Bila Grab dah sampai, kitaorang pergi lah makan dekat cafe Yin's Sourdough.

Lepas habis makan tu, kitaorang jalan, sampai terjumpa upside down museum.



Habis kitaorang pergi tu, kitaorang pun panggil Grab untuk pergi ke tren Bukit Bendera.

Bila tren dah sampai, Adam pun excited.

Lepas excited tu, semua orang dah keluar dari tren, tapi takleh jugak naik lagi.

Tunggu macam 5 minit lah macam tu.

Lepas tu akhirnya masuk jugak tren.

Bila masuk tu, kitaorang duduk seat belaaaaaaaaakannggg sekali...

Kitaorang pun tengoklah NATURE...

Bila dah sampai Bukit Bendera, lepas tu kitaorang jumpa tempat makan.

Adam makan nugget, laksa.

Dekat bawah kedai makan tu lah, ada kedai.

Adam beli key chain.

Bila dah beli key chain tu, kitaorang pergi solat.

Mula- mula Mama dengan Kakak pergi dulu.

Lepas tu baru Ayah pergi.

Lepas tu Adam pulak nak ber*k.

Kitaorang turun Bukit Bendera.

Kitaorang dah sampai stesen bawah sekali.

Bila dah sampai situ, kitaorang masuk kan tiket.

Kitaorang panggil Grab.

Mama beli minuman apa ke nama nya.

Kitaorang naik Grab ke feri.

Nasib baik kitaorang sempat lagi nak naik feri.

Bila dah naik feri tu, kitaorang tengok laut lah.

Masa Adam naik feri, Adam rasa takut sangat nak tengok laut.

Sebab...laut yang dalam amat...



Sampai dekat seberang sana.

Bila dah sampai sana, kitaorang terjumpa mall.

Untuk sesiapa yang nak makan ke.

Nak singgah beli apa ke.

Kitaorang makan dekat Aunty Anne's.

Mama beli coffee dekat cafe.

Lepas tu kitaorang beli tiket untuk naik feri.

Dalam feri tu, Adam dengan Ayah duduk tepi pagar.

Lepas tu, kitaorang pun dah sampai kat tempat mula- mula.

Kitaorang naik jejantas.

Lepas tu turun baik.

Kitaorang call Grab.

Kitaorang pun balik ke homestay.

Bila dah balik Adam dan semua orang letih.

Adam dengan Adeena baring dekat atas katil.

Kitaorang belum mengantuk lagi.

Kitaorang tengok Youtube.

Malam tu kitaorang pun pergi makan tersedap di Penang.

Adam rasa macam sedap la tapi pedas.

Lepas tu kitaorang pun balik.

Keesokkan harinya....


















Adam Goes To Penang - Part 2

Bangun pagi terus tengok tv.

Bila Ayah dah sampai balik dari kedai beli roti canai, Adam pun makan lah.

Lepas tu, bila makan tu, rasa macam pelik pulak roti canai ni.

Rasa macam honey!

Lepas tu Ayah ajak pegi swimming pool, tapi Pak Long nak datang.

So Ayah cakap tunggu dulu Pak Long datang.

Lepas tu Adam denan Kakak pun tunggu Pak Long sampai.

Sampai pukul 10.

Pukul 10 pulak, Pak Long dah sampai.

Tapi Adam terlupa nak bawak goggle.

Lepas tu bukak je mata dalam air.

Dah la sakit mata.

Lepas tu Adam mandi hingga pukul 11.

Bila naik tu, Adam baca papan tu.

Papan tu tulis, kalau nak masuk lif, jangan basah.

Lepas tu makan tengah hari pulak, kitaorang pergi makan ABC dan char kuay teow.

Bila makan pulak, Pak Long dah balik masa tu.

So kitaorang pegi lah makan malam dengan kawan Mama.

Adam tanak makan. Adam cuma haus.


Ayah pun bagi Adam main badminton dalam phone Ayah.

So Kakak pun nak main jugak.

Lepas tu Uncle Hafiz pun ada.

Ayah dengan Uncle Hafiz nak connect blue tooth tapi tak dapat.

Guna wifi lagi lah tak dapat.

Itu saja...




Adam Goes To Penang - Part 1



Masa pergi Penang tu, Adam ingat homestay tu tingkat 5.

So Adam pun macam takde lah macam takut sangat.

Rupa- rupanya tingkat 39!!!!

Adam pun macam takut nak keluar!

Sebelah tu kan ada pintu cermin.

So Ayah buka tingkap tu, sebab nak tengok permandangan luar.

Bila dah tengok tu, Adam pun rasa macam nampak swimming pool.

Tapi yang Adam tengok tu swimming pool lain.

Adam sangat- sangat gayat.

Bila Adam masuk balik tu, bila orang yang tunjuk bilik kitaorang tu, Adam pun lompat- lompat atas katil dengan Adeena.

Keesokan harinya...esok saya akan continue...

Part 2 PKP : Kucing Manja

ASSALAMUALAIKUM SEMUA Hari ini saya nak sambung dari part 1 kitorang kan berada di kampung. Selepas itu saya  terjumpa kucing man...