Monday 4 February 2019

Adam Goes To Penang - Part 3

Pagi- pagi tu macam part 2.

Tengok tv.

Pastu panggil Grab pergi break fast.

Bila Grab dah sampai, kitaorang pergi lah makan dekat cafe Yin's Sourdough.

Lepas habis makan tu, kitaorang jalan, sampai terjumpa upside down museum.



Habis kitaorang pergi tu, kitaorang pun panggil Grab untuk pergi ke tren Bukit Bendera.

Bila tren dah sampai, Adam pun excited.

Lepas excited tu, semua orang dah keluar dari tren, tapi takleh jugak naik lagi.

Tunggu macam 5 minit lah macam tu.

Lepas tu akhirnya masuk jugak tren.

Bila masuk tu, kitaorang duduk seat belaaaaaaaaakannggg sekali...

Kitaorang pun tengoklah NATURE...

Bila dah sampai Bukit Bendera, lepas tu kitaorang jumpa tempat makan.

Adam makan nugget, laksa.

Dekat bawah kedai makan tu lah, ada kedai.

Adam beli key chain.

Bila dah beli key chain tu, kitaorang pergi solat.

Mula- mula Mama dengan Kakak pergi dulu.

Lepas tu baru Ayah pergi.

Lepas tu Adam pulak nak ber*k.

Kitaorang turun Bukit Bendera.

Kitaorang dah sampai stesen bawah sekali.

Bila dah sampai situ, kitaorang masuk kan tiket.

Kitaorang panggil Grab.

Mama beli minuman apa ke nama nya.

Kitaorang naik Grab ke feri.

Nasib baik kitaorang sempat lagi nak naik feri.

Bila dah naik feri tu, kitaorang tengok laut lah.

Masa Adam naik feri, Adam rasa takut sangat nak tengok laut.

Sebab...laut yang dalam amat...



Sampai dekat seberang sana.

Bila dah sampai sana, kitaorang terjumpa mall.

Untuk sesiapa yang nak makan ke.

Nak singgah beli apa ke.

Kitaorang makan dekat Aunty Anne's.

Mama beli coffee dekat cafe.

Lepas tu kitaorang beli tiket untuk naik feri.

Dalam feri tu, Adam dengan Ayah duduk tepi pagar.

Lepas tu, kitaorang pun dah sampai kat tempat mula- mula.

Kitaorang naik jejantas.

Lepas tu turun baik.

Kitaorang call Grab.

Kitaorang pun balik ke homestay.

Bila dah balik Adam dan semua orang letih.

Adam dengan Adeena baring dekat atas katil.

Kitaorang belum mengantuk lagi.

Kitaorang tengok Youtube.

Malam tu kitaorang pun pergi makan tersedap di Penang.

Adam rasa macam sedap la tapi pedas.

Lepas tu kitaorang pun balik.

Keesokkan harinya....


















Adam Goes To Penang - Part 2

Bangun pagi terus tengok tv.

Bila Ayah dah sampai balik dari kedai beli roti canai, Adam pun makan lah.

Lepas tu, bila makan tu, rasa macam pelik pulak roti canai ni.

Rasa macam honey!

Lepas tu Ayah ajak pegi swimming pool, tapi Pak Long nak datang.

So Ayah cakap tunggu dulu Pak Long datang.

Lepas tu Adam denan Kakak pun tunggu Pak Long sampai.

Sampai pukul 10.

Pukul 10 pulak, Pak Long dah sampai.

Tapi Adam terlupa nak bawak goggle.

Lepas tu bukak je mata dalam air.

Dah la sakit mata.

Lepas tu Adam mandi hingga pukul 11.

Bila naik tu, Adam baca papan tu.

Papan tu tulis, kalau nak masuk lif, jangan basah.

Lepas tu makan tengah hari pulak, kitaorang pergi makan ABC dan char kuay teow.

Bila makan pulak, Pak Long dah balik masa tu.

So kitaorang pegi lah makan malam dengan kawan Mama.

Adam tanak makan. Adam cuma haus.


Ayah pun bagi Adam main badminton dalam phone Ayah.

So Kakak pun nak main jugak.

Lepas tu Uncle Hafiz pun ada.

Ayah dengan Uncle Hafiz nak connect blue tooth tapi tak dapat.

Guna wifi lagi lah tak dapat.

Itu saja...




Adam Goes To Penang - Part 1



Masa pergi Penang tu, Adam ingat homestay tu tingkat 5.

So Adam pun macam takde lah macam takut sangat.

Rupa- rupanya tingkat 39!!!!

Adam pun macam takut nak keluar!

Sebelah tu kan ada pintu cermin.

So Ayah buka tingkap tu, sebab nak tengok permandangan luar.

Bila dah tengok tu, Adam pun rasa macam nampak swimming pool.

Tapi yang Adam tengok tu swimming pool lain.

Adam sangat- sangat gayat.

Bila Adam masuk balik tu, bila orang yang tunjuk bilik kitaorang tu, Adam pun lompat- lompat atas katil dengan Adeena.

Keesokan harinya...esok saya akan continue...

Part 2 PKP : Kucing Manja

ASSALAMUALAIKUM SEMUA Hari ini saya nak sambung dari part 1 kitorang kan berada di kampung. Selepas itu saya  terjumpa kucing man...